Thursday, March 31, 2011

Transformasi Romeo

Romeo masa anak B (pernah dipostkan dahulu). Nampak macam nak besar jer balung dia. Bulu pun nampak kasar berserabut. Orang datang pun pandang sebelah mata jer kat dia dulu...





Romeo sudah pun di alam remaja. Balung ok jer, padan dengan muka dia. Fuh legaa...! Adik-beradik dengan si Bawang Putih.

Gaya kipas angin pun sudah datang sikit-sebanyak. Masa kecik dulu, nampak bodo semacam jer Romeo ni. SI pun takde la peduli sangat, janji cukup makan minum dia.

Tup tup tengok...eh semenjak-dua- menjak nie sedap pulak mata nie tengok si Romeo nih. Alhamdulillah rezeki..

Wednesday, March 30, 2011

Nantikan....Kiat








Nantikan kemunculan Kiat di arena...

Kepunyaan otai group Serama Ipoh, iaitu Abang Rusdi yang tinggal di Silibin, Ipoh. Beliau memang aktif menyertai pertandingan-pertandingan pada zaman kegemilangan sekitar tahun 2000-an dulu.

"Ayam zaman sekarang power-power", katanya. "Dulu cukuplah ayam stand atas meja pun dah kira ok..sekarang, fuh, semua selam-selam saja...kibas pacak bertubi-tubi lagi...lempar sayap lagi... hoo dahsyat, dahsyat" katanya lagi.

Sekarang ni beliau ingin memulakan balik hobi serama ini dan menyertai pertandingan-pertandingan yang bakal diadakan.

Selamat maju jaya, Abang Rusdi....!

Tuesday, March 29, 2011

Lela & Manja





semakin pandai beraksi depan kamera...

Monday, March 28, 2011

Dara Pojaan...




Bawang Putih nama dipanggil oleh anak-anak SI. Ingatkan nak beri nama lagi komersial, tapi kita mengalah jelah kan dengan anak-anak..hehehe. Anak SI yang pompuan sorang tu siap buat si Bawang Putih ni macam teddy bear pulak, siap peluk-peluk lagi. Adooii...

Ianya adalah adik kandung kepada Sri Dewi yang pernah dipaparkan sebelum ini. Alhamdulillah Sri Dewi kat tuan barunya telah bertelur beberapa biji..

Nantikan...Artakus



Artakus nama diberi. Ada 7 beradik semuanya. 2 adik tinonya telah diambil oleh seorang kawan dari Kelang, kira otai juga dia tu sebab dah main serama 17 tahun. Datuk Artakus pernah SI postkan tahun lepas dalam tajuk Cucu Oh Cucu.

Umur baru jer masuk sebulan. Tapi, dah berkokok pun yang sekor nie...

Saturday, March 26, 2011

Pasangan Lela: Manja




MANJA

Ini dia Manja, pasangan sedarah Lela. Roma warna diorang pun lebih kurang sama aje.

SI panggil dia Manja, sebab asal buka pintu reban, dia mesti lompat dok atas tangan. Asal lompat dok atas tangan, mesti buka pintu reban...

Lela & Manja adalah anak-anak sulung Ros Berduri. Ibunya kini sedang mengeram balik sebanyak 6 biji. Harapnya adalah adik-adik diorang yang akan tetas nanti.

Thursday, March 24, 2011

Anak A - Lela




LELA

Aksi-aksi Lela, yang pada pengamatan SI, sudah pandai bergaya walaupun masih anak A. Rasanya jantan, sebab perangai anak jantan, tapi balung masih halus lagi. Tunggu tengok ajelah...

Sememangnya darah bapak diorang ni, anak-anak yang keluar cenderung untuk bergaya pada usia anak A lagi.

Bapaknya sama dengan Che' Nin and the gang, cuma ibunya lain, iaitu Ros Berduri yang pernah SI postkan sebelum ini.

Ada 3 beradik semuanya, seekor telah berhijrah ke Cameron Highlands. Tinggal sepasang ajelah yang tinggal. Adiknya bernama Manja, akan SI postkan sedikit masa lagi.

Wednesday, March 23, 2011

Latest Actions of Usop





Aksi Usop pagi tadi. Makin lama dia mula menampakkan dirinya macam nak mirip dengan Hussin dari beberapa segi. Maklumlah sedarah-sedaging kan...

Sudah mula bergebas lonjak dada, tapi belum lagi memberikan persembahan aksi gebas pacak bertubi-tubi...hehehe.

Terhibur la juga dok sorang-sorang kat belakang rumah pagi ini.

Monday, March 21, 2011

Oren Kak Senah


Salam...

Rasa nak banyak main kaler ala-ala oren macam nilah pulak. Kaler hangat di pasaranlah katakan.

Kak Senah ni ada ciri-ciri menggiurkan untuk seekor induk pembaka bagi SI. Berbalung halus, berkepala kecil, leher jinjang bergetar asmara, berkaki hijau tirus tinggi, , bilah ekor keras, dan paling syoknya, beroma oren bersih (bersulam kelabu di sayap dan ekor aje).

Gambar ni masa anak dara... Terkini, Kak Senah dok bawak 2 ekor anak kecil berumur 2 minggu dan berkaler oren juga. Tunggu jelah camana jadinya...

Saturday, March 19, 2011

Berdirinya saya di sini...


Pada suatu hari berkatalah Usop:

"Maka berdirinya saya di sini, sebagai wakil sekalian serama; adalah untuk berpesan pada tuan-tuan empunya serama sekalian.......jagailah serama-serama tuan sekalian dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, nescaya kami akan membalasnya dengan aksi gebas pacak bertubi-tubi di atas meja. Sekian ucapan saya, terima kasih".

Friday, March 18, 2011

Khasiat Pokok Herba

Pokok ati-ati warna merah


Pokok ati-ati warna hijau campur merah


Pokok kaduk


Siap standbye belakang reban lagi, untuk emergency...hehehe


Dua species pokok ini adalah ubatan herba yang sangat berkhasiat lagi mujarab untuk ayam serama. SI dapat petua ini daripada beberapa orang sahabat serama yang memberi info yang sama tentang pokok-pokok ini.

Pokok ati-ati terutama yang berwarna merah kesemua daunnya, memang terbukti berkesan untuk ayam murung, berak kapur, berak berdarah, demam dan tak lalu makan dll. Cara guna, ambil la sikit daun, cuci sikit dengan air bagi lembap, gentel kecik-kecik pastu suap kat ayam yang sakit. Kuantiti ikut umur ayam la, kalau anak ayam, suap sikit-sikit, yang dah remaja ke, muda ke, bapak ke, bagi la banyak sikit. Biasanya separuh daun dah cukup bagi daun bersaiz besar.

Pokok kaduk yang kita sedia maklum, digunakan oleh orang tua-tua dulu untuk menyejukkan badan. Untuk serama, ianya juga berkhasiat menjadi penawar penyakit dan upgrade antibodi badan ayam melawan penyakit. Cara guna sama je dengan pokok ati-ati tadi.

Kebaikkannya, kita tak risau overdose sebab takde bahan kimia. Tak semestinya untuk ayam sakit aje, untuk maintain kesihatan ayam sehari-hari pun boleh, lagi bagus. Ala macam kita makan ulam la kan, tambah khasiat dan nutriens untuk badan.

Memang SI dah pernah cuba untuk ayam-ayam yang nampak murung. Ada sekor tu memang nampak nazak kerana berak berdarah... Kembali sihat seperti sediakala diorang ni.

Tapi, kita standbye jugak la kan ubat-ubatan lain tu, macam ubat cacing pun memang kena bagi juga.

Ok, selamat mencuba sahabat-sahabat semua. InsyaAllah mujarobat...

Wednesday, March 16, 2011

Kak Limah...


Ini Kak Limah. Tempat asalnya dari salah satu reban otai serama di Terengganu. SI ambil Kak Limah semasa remaja lagi, semasa tengah bergetah comel-lote lagi.

Ibu kepada Hussin, Usop, Abi dan Che' Nin. Sedang mengeram balik dengan 7 biji telor.

Biasa-biasa jer, nampak belunjur aje kan... Tapi SI percaya dengan gabungan dan campuran darah-darah terbilang yang mengalir di tubuhnya.

Terima kasih daun keladi

Bila la mau dapat ayam selam kaw-kaw punya sekor ni...? Hmmm...sabarr.

....Di sini, SI ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang sudi menjengah dan memberi komen yang membina di blog ini. Semoga kita semua dapat mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan dunia serama.

Ampun dan maaf andai segala coretan ada mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak...ya ampunnn...

Terima kasih daun keladi
Kalau suka jenguklah blog ini lagi...

Sunday, March 13, 2011

Che' Nin and the gang

Che' Nin

Abi

Usop

Hussin

Aksi sempoi Che' Nin and the gang...!

Pose mengadap kiblat tu, jangan main-main...hehehe.

Semoga mereka panjang umur...