Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih, Serama Keramat


Putu Halba



Putu Buluh

Pada petang semalam iaitu Sabtu, SI dan keluarga amat berbesar hati kerana menerima kunjungan mesra dari Hj Iskandar dan keluarganya, iaitu antara otai serama terkenal dari Keramat, KL yg tak perlu diperkenalkan lagi. Blognya adalah Serama Keramat.

Kebetulan beliau menghadiri kenduri kahwin anak sepupunya. Apalagi, SI terus menjemput beliau datang ke rumah SI kat Simpang Pulai ni. Sebelum tu beliau sempat juga bertandang ke rumah Lan Toke Gas kat Gunung Rapat, iaitu rakan serama SI juga.

Ada juga tips-tips berguna beliau berikan. Sempat juga SI ambil ilmu cara-cara nak jahit ekor anak A yang senget. Kalau nak tahu, 2 anak di atas tu berasal dari darah baka beliau juga, tapi lahir di reban SI la. Dari pengamatan dan sentuhannya, beliau rasa dua-dua jadi jantan...(laaa, SI ingatkan dua2 ni betina..!)

Dan yang paling istimewa, Putu Buluh juga menerima sentuhan jahitan tangan dari Hj Iskandar. Beliau juga ada berpesan, "Jaga elok-elok anak 2 ekor ni. Boleh pergi jauh lagi ni dua-dua ni. Simpan dulu". Hmmm... otai lama dah pesan, kena ikut ni.

Terima kasih Tuan Haji Iskandar kerana sudi bertandang ke rumah dan reban Serama Ipoh yang tak seberapa ni.

No comments:

Post a Comment