

Ini adalah antara jejaka yang menghiasi reban SI. Diambil dari rakan di Kedah ketika anak B. Berdarah tok uban dari kedua-belah bapak dan emaknya.Baru sahaja diberi induk untuk dikawinkan kerana dulunya, dia ni kaki sebelah kanannya agak lembik. Tetapi setelah dicuba pelbagai petua, ubat-ubatan dan jamu-jamuan, kakinya kembali kuat.
Sebab tulah namanya Bujang Sempoi, sebab lambat dapat jodoh...hehehe.
P/S: SI juga ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat serama yang menyambutnya... Gong Xi Fa Chai!
No comments:
Post a Comment