Petang Ahad lepas, akhirnya selepas bertahun beramah mesra melalui talian saja, SI berpeluang bersua muka berbual mesra bersama Saudara Nik yang lebih dikenali di alam blog sebagai ST (Serama Taiping).
SI sungguh berbesar hati menerima kunjungan ST dan keluarganya ke rumah SI di Simpang Pulai ini. Beliau memang orang lama dalam serama ni, dan banyak ilmu-ilmu tentang serama yang telah dikongsinya bersama SI. Pembaka-pembaka yang ada di rumahnya pun memang semua orang tahu akan kehebatannya seperti Sri Kemunting dan Sri Binjai.
Beliau juga sempat melawat reban SI dan melihat-lihat ayam-ayam SI yang tak seberapa ini. Rasa malu dan segan pun ada. Yea la ayam-ayam SI biasa-biasa saja...
ST sememangnya seorang yang peramah dan baik hati. Kata-katanya juga begitu tersusun ketika berbual bicara.
Semoga SI dan ST dapat bersua muka lagi, mungkin di bon-bon serama yang akan datang. InsyaAllah...!
No comments:
Post a Comment