Tuesday, January 3, 2012

Tupai King...




Salamm...
Alkisahnya baru-baru ini SI telah dijemput untuk ke dusun durian salah seorang jiran yang juga merupakan antara kawan baik iaitu Pak Abu. Pak Abu mempunyai 64 pokok durian dengan 64 rasa yang berlainan. Hahaha unik bukan...?

Sempatlah juga SI menikmati 5 biji durian dengan 5 rasa yang berlainan. Itupun dah rasa badan semacam jer. Cerita Pak Abu, dalam banyak-banyak pokok durian kat kebunnya, tupai-tupai kat sini hanya mengorek dan memakan durian dari 1 pokok sahaja. Pokok-pokok lain tupai2 tu tak usik buahnya. Bila dirasa, memang rasa durian dari pokok ini lebih manis, lazat dan berlemak berbanding yg dari pokok2 lain. Pendek kata, memang sedaplah..! Terbukti tupai-tupai kat sini ada taste! Jadi, tuan-tuan kebun di sini menamakan pokok durian ini sebagai Tupai King.

Jadinya, SI pun menamakanlah ayam remaja ini Tupai King sempena nama pokok durian tu. Hehehe itu jer. Bukan apa, nak cerita asal-usul nama ayam remaja ini ajer.. Ok, salam mesra kpd semua pembaca, dan...Selamat menempuh tahun baru dengan penuh barakah!

P/S: ekor remaja tak siap habis lagi. Tupai King pun ada pesan "Ala bang, nnti ekor saya siap baru amik gambar betul-betul. Malu  saya bang kat awek-awek kalu ekor tak berapa siap nih...!"

2 comments:

  1. Boleh bagitau dusun pak abu di mana ya? Teringin nak merasa buah yg sedap tu. Dan jija betul betul sedap nak buat cantuman dan biakkan.

    ReplyDelete
  2. Boleh bagitau dusun pak abu di mana ya? Teringin nak merasa buah yg sedap tu. Dan jija betul betul sedap nak buat cantuman dan biakkan.

    ReplyDelete