Thursday, June 21, 2012

AL FATIHAH...buat Cikgu Din Kelang

Salamm...

SI baru mendapat perkhabaran pagi tadi dari rakan-rakan serama sebelah selatan tanahair...bahawa seorang peminat serama yang terkenal dengan kelembutan kata dan tutur bicaranya iaitu Cikgu Din Kelang... telah meninggal dunia pagi tadi.

Antara kenangan manis terakhir SI bersama beliau ialah di bon RTC Gopeng pada tanggal 2hb Jun lepas. Memang arwah naik kereta SI ke bon pada hari Sabtu tersebut. Pada hari tersebut tuah memang bersamanya apabila merangkul naib johan dan no.3 kategori anak A. Dapat pula cabutan bertuah RM200 dan hamper. Katanya inilah first time dapat cabutan hamper sepanjang menyertai bon serama...

Nampaknya Allah s.w.t. lebih menyayanginya...Ucapan takziah buat keluarga arwah Cikgu Din kat Kelang sana.

Kepada rakan-rakan yang mengenali mahupun yang tidak mengenali, marilah kita sama-sama sedekahkan Ummul Kitab AlFatihah kepada arwah beliau. ALFATIHAH... Semoga rohnya tenang berada bersama orang-orang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment