Saturday, April 27, 2013

Tupai King Jr 4

Salamm..
Di malam yang agak panas malam ini, tapi suka sebab TRW menang 3-1 malam ini ke atas T-Team...disulami bunyian unggas malam, dan salakan anjing sayup-sayup kedengaran...angin pun ok, sepoi-sepoi bahasa macam biasa...SI paparkan pula anak Tupai King berikutnya iaitu si remaja Tupai King Jr 4.
SI pun bukannya ada banyak pembaka utama pada ketika ini, hanya ada dua iaitu Tupai King yg berdarah husin kijang emas, dan seekor lagi bapak merah berdarah sami gila.
Pelapis pembaka adalah juga beberapa ekor yg menanti waktu matang untuk dikahwinkan nanti. Antaranya anak-anak diorang juga...
Lastly, terima kasih kpd sahabat-sahabat maya semua yg sudi singgah di blog SI yg tak seberapa ini..TQ...

No comments:

Post a Comment