Wednesday, June 5, 2013

Legenda Ipoh...Bujang Senang


Salamm...
Entah kenapa malam ini SI tiba-tiba saja teringat kat serama legenda Ipoh ini iaitu Bujang Senang. Kenapa legenda? Kerana Bujang Senang adalah serama yg paling berjaya ketika awal pembabitan group Ipoh di arena pertandingan serama sekitar seawal tahun 2008 dahulu. Meraih 2 kali piala BOTB dan 2 kali juga kalau tak silap SI, berjaya naik meja beradu gaya di arena BOTB walaupun tidak meraih piala BOTB. Kepunyaan saudara Mahadir Tasek.

Hmmm jangan tak tau, sahabat SI yg sorang ini pun dah berjinak-jinak menjadi pengadil sejak 2 tahun lepas di bawah bimbingan antara pengadil tersohor iaitu abang Sahasdi PERKASA.

Kekangan masa menyebabkan SI agak jarang berjumpa dengan saudara Mahadir yg merupakan salah sorang sahabat baik dalam berserama. Jarak rumahnya pun agak jauh sikit berbanding kawan-kawan serama yg lain.

Apa khabar agaknya Bujang Senang sekarang yea? Kalau tengok ia bergaya "live" di atas meja memang tak puas mata memandangnya. Diharapkan Bujang Senang dan tuannya saudara Mahadir Tasek akan terus berjaya di masa-masa yg akan datang. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment