Sunday, September 29, 2013

Kisah remaja sami...


(Gambar ihsan dari Facebook tuannya)

Assalamualaikum dan selamat malam tuan-puan semua....
Bila SI lihat dan tenung sahaja gambar remaja ini, bercampur baur hati ini antara gembira dan sedih. Kenapa?

Gembira...kerana anak hasil reban sendiri mempunyai warna dan cutting yg sedap mata memandang sebegini rupa. Telah dibeli oleh seorang rakan serama ketika anak b. Cutting memang dah nampak ada, cuma dia tak bangun saja lagi...
Baka? Remaja ini juga adalah baka sami G, satu bapak dgn muda kelabu post terdahulu.

Telah dibawa oleh tuannya ke bon Jertih dan KB dan mendapat top 10 di kedua-dua bon. Dibawa pula ke bon Alor Setar dan mendapat naib johan. Dibawa pula ke bon besar Kenyir yg digelar ibu segala bon oleh para peminat serama. Orang putih kata "mother of all bons"..hehehe. Berjaya meraih tempat ke-5. Ok tu, sebab bon grand tu.... Tahniah SI ucapkan kpd tuan yg berjaya mengasuhnya sedemikian rupa. Katanya perangai remaja ni baru saja nak datang. Dimaklumkan juga kpd SI, biasanya remaja ni dapat markah full 100% utk aksesorinya. Molek benar tu...


Sedih...kerana umur remaja sami ini tidak panjang. Nyawanya diambil oleh Yang Maha Esa sebaik pulang dari bon Kenyir. Takziah pula SI ucapkan kpd tuannya. Nada sms tuannya begitu sedih apabila memaklumkan perkara ini kepada SI. Beliau percaya ayam ini mempunyai masa depan yg cerah di arena bon jikalau umur masih panjang bersamanya.

Namun, itulah hakikat sebuah kehidupan. Yang datang akan pergi jua.... yg pergi mungkinkah akan berganti? Mungkin ya, mungkin tidak. Hmmm... memang inilah lumrah kehidupan. Datang dan pergi...

Ok, selamat malam. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda semua membaca coretan SI ini.

Haaaaaah...dah ngantuk. Good nite everybody...

No comments:

Post a Comment