Wednesday, May 25, 2011

Mata bekeng...

 Tengok sebelah atas mata dia, mcm kening terangkat pula...



Dik, janganlah bekeng sangat weh...

Salam... kali ini SI nak tunjuk kepada sahabt-sahabat semua salah seekor anak A di reban SI. Bukan apa, rasanya di reban SI tak pernah lahir lagi anak ayam bermata bekeng macam nie (kata ore Klate). Maknanya mata garang kalu kata ore di luar Klate.

Ishh.. memang bekenglah mata anak ni. Biasanya anak2 ayam lain mata berbentuk bulat, kalau bekeng pun tetap kelihatan bulat. Ini tidak, sebelah atas matanya terconget naik seperti sedang marah. Kalau ibarat manusia, kening yang terangkat kerana marah. Sampai ada member sorang suruh bagi nama Jin Tanah sebab dia kata jin tanah matanya bekeng...hahaha.

Dari kecik umur seminggu SI dah perasan. Ingatkan mata dia sakit ke, kena gigit nyamuk ke, kena ketubing ke, ish takdelah pulak. Sekarang umur dah sebulan lebih pun maintain je mata bekeng dia ni. Ada 4 beradik, dialah paling kecil, dan dialah sekor yang mata bekeng begini...

Tak tahulah mungkin di reban orang lain biasa tengok dah bentuk mata anak ayam seperti ini, tapi di reban SI belum pernah lagilah..Jantina pulak tak berani nak pasti lagi. Kawan-kawan datang tengok kata jantan. Takpe, kita tunggu tengok.

Kalau jantan, harapnya perangai atas meja pun bekeng macam mata dia..hehehe. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment