Sunday, June 26, 2011

PokNan Semut Merah



Salam...
Ketika cuti sekolah yang lepas, SI sempat ke bon kecil bertempat di SK. Kubang Batang, Tumpat, Kelantan. Maka sempatlah juga bersua muka dengan salah seorang otai serama terkemuka di Kelantan. siapa lagi kalau bukan Nan Semut Merah. Haa pada sesiapa yang pernah dengar namanya saja, tapi nggak pernah bersua wajah, inilah dia PokNan. Hensem tuu...! Beliau lebih senang dipanggil PokNan.

Sempat juga SI melawat ke reban beliau dan melihat-lihat ayam-ayam dari susur-galur Raja Ara. Dari Raja Ara keluarlah Raja Kubing. Ayam-ayam dari bloodline Raja Ara ada lagi disimpan dan dibiak oleh beliau. Memang terpesona sampai lupa nak ambik gambar ayam. Hahaha.. yang sempat diambil adalah gambar tuan ayam. Tak boleh dok lama kat rebannya kerana beliau terpaksa bergegas kembali ke bon sebagai salah sorang urusetia.

Takpa, PokNan, lain kali SI singgah lagi kalau balik Klate, InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment