Tuesday, September 13, 2011

Cendera Waseh






Cendera Waseh, bakat terbaru dari reban SI. Cantuman darah dari bapak Dewa Pangkalan dan ibu dari darah Sri Kemunting. Umur baru sebulan setengah, patutnya anak A, tapi bulu dah siap macam anak B. Ada juga kawan cakap dah macam anak C nak masuk remaja. Hakikatnya, anak2 reban SI yang seusia dengannya tak penuh lagi bulu macam dia nie... Rasanya jenis cepat siap dia nih...

Warnanya memang kaler idaman kalbu SI sejak dari dulu, kini dan selamanya. Kira peminat setia kaler kuninglah SI ini. Ada tompok-tompok putih manja bersulam pada warna kuningnya. Baru sahaja diasingkan seminggu, sudah mula pandai bergaya sikit-sikit. Kira oklah tu...

P/S: Kepada semua kengkawan, Selamat hari Raya Aidil Fitri. Raya puas-puas sebulan nie... tapi ayam jangan lupa train sebab banyak bon nampak gayanya lepas nie...

No comments:

Post a Comment