Bersama kita memartabatkan kesenian & kecantikan serama. Lokasi Simpang Pulai, Ipoh. Boleh call SI di talian 012-4328114 untuk menjalin silaturrahim.
Wednesday, November 23, 2011
Apa kata kita ubah sikit?
Salamm..
Pada mulanya iklan bon Ipon yang SI siarkan 2 hari lepas ada ayat:
"Jumlah saguhati berdasarkan 30% jumlah peserta".
"Bonanza akan dinaikkan jikalau penyertaan melebihi 450 ekor"
Tiba-tiba ada kawan serama sms katanya bila tulis macam tu seolah-olah hadiah macam diambil atau ada pengaruh dari duit peserta, bermakna ada juga unsur-unsur judi tu kalau jumlah hadiah dinaikkan based on jumlah penyertaan, sebab peserta bayar yuran nak masuk tanding. Betul juga tu..! SI memang ingin sangat supaya bon Ipoh ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Tak sabar rasanya nak tunggu meeting urusetia akan datang supaya ayat-ayat sebegini diubah atau dihapuskan terus dari bon-bon serama yang akan datang.
Mungkin lebih baik kalau diberitahu sebegini:
"Hadiah saguhati adalah sumbangan dan budi-bicara pihak penganjur"
"Bonanza dan cabutan bertuah adalah mengikut budi-bicara penganjur"
(macam mana tu tuan-tuan, boleh ke gitu? Atau ada cadangan lain yg lebih baik?)
Benda-benda yg kita tak pasti halal haram macam ini (syubhah) eloklah dijauhkan. SI memberi sokongan 100% tak berbelah bahagi kepada saudara Rahman Persona yang berazam akan menganjurkan bon-bonnya selepas ini selaras dengan kehendak syariat Islam. Kita semua sebagai peminat dan peserta sewajarnya memberi sokongan penuh kepadanya.
SI yakin rakan-rakan urusetia Ipoh tentu bersetuju. Kerana "Mencari yang Halal itu adalah Fardhu (Wajib)".
Sekian, dari hamba Allah Taala yang serba kekurangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment