Sunday, July 10, 2011

Bon Ipoh...Part 2

Milik siapakah plaque Best of the Best ini...? 5 ekor ayam bertarung menentukannya di atas meja....


Milik Sri Palas, pahlawan remaja milik Cikgu Lah dari Kedah. Memang kecil molek ayam ini dan sangat melawan meja dengan aksi tarik selam dan gebas pacak...!


Urusetia bersama Sri Palas; dari kiri SI selaku MC bertugas, Cikgu Lah pemilik Sri Palas, Sham Temiang dan Lan Gas.


Sri Palas dengan aksi gebas pacak bertubi-tubi di hadapan tuannya dan Sham Temiang. Amboi cool jer tuan dia yer...!


SI bergambar kenangan bersama salah seorang dari 2 pengadil yang dijemput khas dari PERKASA Kelantan, saudara Nik Rizwan. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa mengadili bon serama di Ipoh...!

P/S: SI ingin meminta maaf banyak-banyak kerana gambar tidak banyak yang sempat disnap kerana sangat sibuk sebagai salah seorang urusetia... Boleh tengok nanti di blog Serama Parit Buntar kerana beliau banyak mensnap gambar2 semasa pertandingan dengan kamera canggihnya itu... hehehe.

No comments:

Post a Comment