Monday, July 11, 2011

Mohon Kemaafan...


Zidan...sekadar gambar hiasan

Salamm...

Kami dari Kelab Warisan Serama Perak ingin menyusun jari memohon seribu keampunan dan kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sewaktu kami menganjurkan bon kecil pada pagi Sabtu 9hb Julai yang lepas. Almaklumlah baru first time menganjurkan bon serama. Segala kekurangan, kelemahan dan kedaifan kami, InsyaAllah akan di perbaiki lagi pada masa-masa yang akan datang.

Dengan ini SI bagi pihak kelab dengan sukacitanya ingin mewawarkan bahawa pihak kami bercadang, merancang dan sedang berusaha untuk menganjurkan satu lagi bon (harap-harap boleh buat bon lebih besar) pada tarikh cadangan iaitu hari Sabtu 3hb Disember yang akan datang. InsyaAllah jika tiada aral melintang...

No comments:

Post a Comment